FQAs

 1) Siapakah pengasas kampung ini?

 Pengasas kampung ini ialah Syeikh Muhammad Nur. Beliau berasal dari Penyambongan,
Sumatera Utara.Untuk mengenalinya lebih dekat,bolehlah layari muka surat
Pengenalan
 
 2) Bagaimana kampung ini boleh mendapat nama 'chinchin'?

Terdapat sumber yang mengatakan nama kampung ini mendapat nama bersempena dengan kisah seorang pengantin. Pada ketika itu, pengantin tersebut mandi di sungai yang terdapat di kampung ini. Sewaktu pengantin itu mandi,beliau memecat cincin dan meletakkannya dekat dengan sungai. Apabila beliau telah selesai mandi, beliau mendapati cincinnya sudah hilang dan telah jatuh ke dalam sungai. Hasil bantuan Syeikh Muhammad Nor iaitu pengasas kampung ini, cincin itu berjaya ditemui.Ada yang sumber mengatakan Syeikh Muhammad Nor berjaya menjumpainya dengan menggunakan tongkatnya.Cincin itu telah melekat pada tongkatnya.
  
 3) Mengapa nama kampung ini 'chinchin' bukannya 'cincin'?

Kerana ia mengikut ejaan lama.


 4) Siapakah ketua kampung dalam kampung ini?

Ketua kampung ini ialah Haji Abd. Rani Awang. Beliau tinggal berdekatan dengan Dataran Utama Masjid.


5) Berapa jarak di antara kampung ini dengan Universiti Islam Antarabangsa(UIA)?

Jarak di antara kampung ini dengan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) ialah 4 km


6) Sekiranya saya mahu berkunjung di kampung ini, tempat manakah yang akan anda cadangkan kepada saya?

Tempat yang ingin saya cadangkan ialah Makam Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi kerana di situ terletaknya makam pengasas kampung ini. Selain itu, sifatnya yang tegas dan warak menjadikannya orang yang paling hebat dalam kampung ini. Kejayaannya mentadbir kampung ini dengan berlandaskan syariat Islam boleh menjadi suri teladan dan insipirasi kepada generasi akan datang untuk mentadbir kampung ini seperti yang pernah dilakukannya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...