MES

Apa itu MES ?


MES adalah singkatan daripada Merakyatkan Ekonomi Selangor.Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai Mac 2008, satu agenda besar, "Hasil Negeri untuk Rakyat" telah dirangka dan dilaksanakan dengan segera melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Pada permulaan, 7 Agenda Merakyatkan ekonomi telah dilaksanakan. Ia kemudian ditambah berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar "Hasil Negeri untuk Rakyat" dapat dipenuhi secara maksimum.Sila klik [sini] untuk melawat portal rasmi MES.

Objektif
Untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada seluruh rakyat melalui pelbagai model penyaluran terdiri daripada kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.

Visi dan Misi
Mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan, rohani seta jasmani amat penting ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani

Antara produk-produk MES yang terdapat di Selangor

(i) Air Percuma Setiap Bekalan


Kerajaan Pakatan Rakyat menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.
Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(ii) Skim Mesra Usia Emas(SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya. Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(iii) Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS)


Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(iv) Pusat Khidmat Krisis Sehenti


Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau ’One Stop Crisis Centre’ (OSCC) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(v) Hadiah Anak Masuk Universiti


Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(vi) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang


Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(vii) Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian


Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. bagi tujuan meningkatkan hasil bahan mineral dan galian di bumi Selangor.Buat permulaan, usaha ditumpukan kepada hasil pasir. Hasil dari peningkatan usaha dan keuntungan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Selangor melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(viii) Skim Kesihatan Wanita


Kerajaan Negeri Selangor menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun keatas yang layak.Tujuan utama penubuhan Skim Kesihatan Wanita adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(ix) Program Mikrokredit Miskin Bandar(MiMBAR)


Bagi mereka yang dikategorikan sebagai 'miskin bandar' di Negeri Selangor, disediakan Program Mikrokredit.MiMBAR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka dengan membuka perniagaan, perusahaan kecil-kecilan. MiMBAR menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(x) Skim Mikrokredit Selangor


Dana peruntukan RM 50 juta untuk Program Mikrokredit khusus untuk rakyat miskin luar bandar.

Bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Selangor, disediakan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel). Skim yang ditubuhkan pada bulan 8 Julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Skim ini dikendlikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(xi) Pusat Dialisis Rakyat

Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kesihatan dan kesejahteraan rakyat, disediakan Pusat Dialisis Rakyat bagi mereka yang memerlukan rawatan tersebut.

Pusat Dialisis Rakyat yg telah diwujudkan setakat ini:
  • DUN Sementa
  • DUN Taman Medan
  • DUN Hulu Klang
  • Parlimen Ampang
  • DUN Sri Muda (Masih di dalam pembinaan)
Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(xii) Kemudahan Cuti Tambahan

Istimewa untuk rakyat Selangor yang bekerja, disedia 3 kemudahan cuti tambahan:

1. Cuti Bersalin 90 Hari
2. Cuti 14 Hari untuk Suami yang Isterinya Bersalin
3. Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari

Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

(xiii) Program Tuisyen Rakyat Selangor


Program Tuisyen Percuma untuk pelajar sekolah rakyat Negeri Selangor yang layak.Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membeca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.Selain itu,ia untuk membantu pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.Sila klik [sini] untuk maklumat lanjut.

Antara kejayaan di MES Selangor

Dari Selangor Kini

(i) Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

(ii) Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008.

(iii) Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut.

(iv) Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara.

(v) Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan.

(vi) “Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar,” katanya.

(vii) Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin.

(viii) Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan.

(ix) Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...