Khamis, 15 Disember 2011

Paras rupa bukan penentu kewibawaan

Assalamualaikum.

Kisah Julaibib yang hidup pada zaman Nabi Muhammad saw membawa pelbagai pengajaran berguna untuk umat Islam. Pengalaman dan pengorbanannya dalam sama-sama membantu menegakkan agama Allah sentiasa terpahat dalam jiwa umat Islam yang cintakan agamanya.

Diriwayatkan, Julaibib, seorang Ansar yang kurang menarik dan pendek tubuhnya. Keadaan itu menyebabkannya sukar mendapat jodoh. Tambahan pula, keluarganya tidak begitu dikenali.

Rasulullah saw menyedari masalah yang dihadapi oleh Julaibib. Oleh itu, Baginda berusaha menemukan jodohnya.

Pada suatu hari, Baginda berkata kepada seorang sahabat: “Wahai sahabat, aku meminang anak gadismu.”

Orang itu menjawab: “Dengan senang hati, saya menerima pinangan itu wahai Rasulullah.”

Ternyata, orang itu tersalah sangka. Dia menyangka Rasulullah sendiri mahu mengahwini anaknya. Sebab itulah dengan mudah dan tanpa difikirkan lagi dia terus menerima pinangan Rasulullah.

Baginda berkata: “Tetapi pinangan ini bukanlah untukku."

“Jadi, untuk siapa?” soalnya dengan rasa terkejut.

“Untuk Julaibib,” jawab Rasulullah ringkas.

“Kalau begitu, biarlah aku berbincang dengan isteriku terlebih dulu,” ujar orang itu pula, sebelum pulang ke rumahnya dengan tergesa-gesa.

Di sepanjang perjalanan, dia memikirkan mengenai perbualannya dengan Rasulullah kerana pinangan itu sungguh berat untuk diterima. Ia berikutan Julaibib memang dikenali sebagai seorang lelaki yang hodoh dan ramai tidak sanggup bermenantukannya.

Dia juga berat menolak pinangan Rasulullah kerana walaupun sebagai orang tengah, jelas bukan sebarangan orang yang mengemukakan peminangan itu. Sekiranya ditolak, pasti dia dikatakan sebagai seorang memilih dan itu tidak harus dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam dan beriman kepada Allah.

Apabila tiba di rumah, dia terus berkata kepada isterinya: “Rasulullah meminang anak gadismu.”

“Benarkah begitu? Saya sungguh berbesar hati menerimanya,” jawab isterinya dengan gembira.

“Tetapi pinangan ini bukanlah untuk Baginda,” jelas orang itu. Dia sedar, isterinya juga tersalah anggap seperti dirinya sebelum itu.

“Kalau begitu, untuk siapa?” soal isterinya.

“Julaibib,” jawab orang itu.

“Kalau untuk Julaibib, demi Allah! Aku tidak akan menerimanya,” tegas isterinya.

Jawapan tegas daripada isterinya menyebabkan orang itu mahu bertemu semula Rasulullah untuk menyatakan penolakan itu.

Tiba-tiba anaknya muncul lalu bertanya: “Adakah ayah dan ibu akan menolak hajat baik Rasulullah?”

Rupa-rupanya, anak gadis itu mendengar perbualan ayah dan ibunya.

Sebagai seorang yang beriman, dia percaya bahawa apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu ada kebaikan.

Katanya:”Beritahulah Baginda, saya menerima peminangan itu. Insya-Allah, Baginda tidak akan melakukan sesuatu yang sia-sia.”

Selepas mendengar keputusan anaknya, orang itu lantas bertemu Rasulullah semula. Katanya kepada Baginda: “Aku menerima pinangan itu.”

Tidak lama selepas itu, Julaibib dan gadis itu dinikahkan.

Baginda mendoakan gadis itu: “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada gadis ini. Dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam kesusahan.”

Wanita itu reda dengan takdir ditetapkan Allah yang menentukan jodohnya dengan Julaibib.

Pada masa ibu dan bapanya, berasakan anaknya tidak layak menikahi Julaibib, wanita itu dengan ikhlas dan rela hati menikahi lelaki yang dipandang rendah oleh keluarganya.

Namun, usia perkahwinan mereka tidak lama kerana Julaibib gugur sebagai syahid dalam peperangan bersama Rasulullah. Baginda sendiri turut mengebumikannya. Isterinya menjadi seorang janda terhormat.

Diriwayatkan selepas pertempuran itu, Rasulullah memeriksa orang yang gugur dan sahabat memberitahu Baginda nama mereka.

Mereka terlupa kepada Julaibib hingga namanya tidak disebutkan. Hal ini kerana beliau, bukan orang terkenal.

Sebaliknya, Rasulullah ingat Julaibib dan tidak melupakannya. Namanya tetap diingat oleh Baginda. Rasulullah sama sekali tidak lupa kepadanya, lalu bersabda: “Tetapi aku berasakan kehilangan Julaibib!”

Akhirnya, Baginda menemukan jenazahnya dalam keadaan tertutup pasir. Lalu Rasulullah membersihkan pasir daripada wajahnya seraya bersabda sambil menitiskan air mata: “Ternyata engkau membunuh tujuh musuh, kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku termasuk golonganmu.

Begitulah pengorbanan Julaibib yang besar pada mata Rasulullah. Jelasnya, paras rupa dan kedudukan bukanlah penentu kepada kewibawaan dan keagungan seseorang. Ia hanya faktor luaran yang dipinjamkan sementara oleh Allah kepada manusia.

Insan sejati ialah mereka yang benar-benar ikhlas dan melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah dan ingin mendapat keredaan-Nya.

Pengajaran

1) Wanita yang benar-benar shalihah ibarat seseorang yang tahan memegang bara api yang panas.Jika telah sampai suatu perintah syariat pada seorang wanita muslimah maka ia segera taat, terima, dan tunduk (walau itu berat untuk dijalankannya). Dia tidak menyanggah, tidak membangkang, ataupun mencari alasan untuk tidak menerimanya. Wanita ini menerima Julaibib sebagai suaminya dengan seadanya.

2)Usah bimbang dengan rupa paras yang tidak cantik. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia.Pandangan Allah pada hati manusia , bukan pada rupa paras.

3)Usah bimbang dengan jodoh.Yakinlah bahawa Allah yang mengatur segala kejadian di bumi ini.Maka, mohonlah pada Allah agar mengurniakanmu jodoh yang soleh/solehah.
"Dia adalah bahagian dari diriku dan aku adalah bahagian dari dirinya Julaibib"-Kata Rasulullah, tentang Julaibib-

Rabu, 14 Disember 2011

Demi Allah, Aku Tidak Akan Menyentuhmu…

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..



A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.



In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..



The young lady could find no place of refuge except this very mosque.


When the student saw her, he ordered her to leave immediately
.

He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.


Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.


While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.


The young lady had been carefully observing this.


Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”


Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:


‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.


She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.


After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”



Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..



Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?


Sumber http://wanwma.com/motivasi/demi-allah-aku-tidak-akan-menyentuhmu/

Selasa, 13 Disember 2011

Saat Kewafatan Rasulullah

Salam 'alaik.Kali ini,saya mahu berkongsi satu video.Video ini mengisahkan tentang saat dan ketika kewafatan baginda,Rasulullah SAW.Rasulullah S.A.W adalah Rasul terulung junjungan umat Islam dan Rasul terakhir yang membawa Al-Quran sebagai petunjuk pada umat manusia. Nabi Muhammad S.A.W nama diberi. Nabi terakhir bagi umat Islam. Nabi yang amat disayangi ramai. Nabi yang amat sayangkan umatnya. Sudah beberapa lama kewafatan baginda. Namun, adakah umatnya mengetahui kisah kewafatan baginda?


Melihat mereka yang bergelar muslim hari ini khususnya dikalangan remaja, saban hari telah hanyut dalam buaian dunia tidak terkecuali diri ini, maka hendaklah kita kembali mencontohi peribadi mulia Rasulullah.Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik contoh tauladan dari segala aspek.Semoga video ini dapat membangkitkan kembali perasaan cinta kita kepada kekasih Allah ini dan mengikuti jejak langkah Baginda.
"Ya Allah, jadilah cintaku kepadaMU dan RasulMU melebihi segala-galanya"

Ahad, 11 Disember 2011

Menjaga pandangan

Assalamualaikum.

Saya mahu berkongsi satu kisah sahabat Rasulullah yang bernama Tha'labah bin Abdul Rahman. Seorang remaja yang baru berusia 17 tahun tetapi begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Antara ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.

Janganlah kita merasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.

Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis la'natullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya." (Riwayat Al-Bukhari)



Jumaat, 9 Disember 2011

Anugerah Blog JKK

Assalamualaikum,

Pada 4/12/2011, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan mereka bentuk laman blog kampung telah diadakan di Selangor Agro Festival, Stadium Melawati, Shah Alam . Majlis ini bersempena meraikan golongan orang kurang upaya(OKU).Pertandingan Mereka Bentuk Laman Blog JKKK Negeri Selangor dilaksanakan adalah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor (STI).

Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran dan penggunaan teknologi ICT di kalangan JKKK di Negeri Selangor. Selain itu, dengan mengadakan pertandingan ini dapat melihat keberkesanan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menerapkan budaya ICT di kalangan JKKK dengan pengagihan peralatan komputer dan latihan-latihan ICT yang telah diberi secara percuma sebelum ini.

Pertandingan ini juga secara tidak langsung akan menghasilkan satu laman blog khas untuk setiap kampung dengan pengisian-pengisian maklumat yang berinformasi, kemas dan menarik. Di samping itu, ianya meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara atas talian kepada orang ramai dan masyarakat luar khususnya tentang keistimewaan kampung-kampung yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan.Jangka masa pertandingan ini adalah dari 11 Julai – 30 September 2011.


Antara kriteria penilaian oleh jawatankuasa penilai ialah kandungan, reka bentuk dan gaya persembahan, ciri-ciri teknikal, dan ciri-ciri tambahan. Hadiah yang ditawarkan adalah:-

a. Tempat Pertama : RM 5,000.00 dan sijil penyertaan
b. Tempat Kedua : RM 3,000.00 dan sijil penyertaan
c. Tempat Ketiga : RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
d. Hadiah Sagu hati: 10 x RM200 dan sijil penyertaan bagi penyertaan yang menepati kriteria yang ditetapkan.

Pertandingan telah disertai oleh 16 buah JKKK.Dalam Majlis Penyampaian Hadiah ini, blog kami (sungai chinchin) telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh JKKK Kampung Kapar dan JKKK Padang Petaling.Ini merupakan pengalaman yang berharga buat kami.Terima kasih kepada yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan blog ini.Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...