Sabtu, 30 Julai 2011

Muqaddimah





Alhamdulillah dengan izinNya, kami berjaya menyediakan blog untuk kampung kami. Syukur kepada Allah juga yang telah mempermudah kerja-kerja kami walaupun pada permulaannya mengalami kesulitan.Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengerusi jkkk,Haji Abdul Rani kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mereka bentuk laman blog untuk kampung ini. Tidak lupa juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti Encik Saleh, Encik Yahya dan lain-lain.

InsyaAllah, sebarang aktiviti di kampung akan dimuatkan dalam blog ni. Ia bertujuan untuk memudahkan pengunjung untuk mengetahui kegiatan yang dilakukan oleh kampung ini.Selain itu,nasihat-nasihat yang berguna akan turut dimuatkan dalam blog ini.Ini sebagai peringatan kita bersama.

Sebarang pengumuman yang akan dianjurkan, akan kami muatkan dalam Bulletin Board.Selain itu, kami berharap pengunjung dapat menandatangani Buku Pelawat kami sebelum meninggalkan blog ini.Segala pendapat yang diberikan, kami alu-alukan untuk membaiki kelemahan-kelemahan kami pada masa akan datang.

“Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung. :)”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...