“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”
Begitulah Rasulullah s.a.w menggambarkan keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama baginda. Seorang isteri sejati, Muslimah yang segenap kemampuan diri berkorban demi kegemilangan dan keagungan Islam.
Riwayat Hidup
Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w.(A.Guillaume,1978:82). Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati.
Faktor keturunan,kebijaksanaan,kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan(Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang,berpandangan jauh(Ibn Kathir,1971:262). Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya walau pun dia lebih tua dari suaminya itu.
Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau dikenali sebagai('Afifah Tahirah).
Perkahwinan beliau dengan nabi Muhammad s.a.w. membawa kebahagiaan sejati. Apabila wahyu pertama diturunkan dia lah yang pertama beriman.Ketika Rasulullah s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, dia jualah yang menjadi perisai. Justeru itu beliau mengorbankan seluruh harta kekayaann a untuk perjuangan Rasululla, s.a. w. Apabila beliau wafat maka tahun itu dinamakan "tahun dukacita"bagi Rasulullah.
Selepas bertemu Rasulullah s.a. w. beliau meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup untuk berabdi diri kepada Tuhan dan berjuang menegakkan kebenaran. Penganut Islam amat bersyukur atas segala jasanya itu. Beliau menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak serta penyebaran Islam.
Pernikahan Rasulullah & Khadijah
Beliau seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.
Banyak pemuka Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah yang luput dari sinarnya.
Mimpi itu diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal. Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.
Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.”
“Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh.
“Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat.
“Dari suku mana?”
“Dari suku Quraisy juga.”
Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?”
“Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur.
Khadijah terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir:
“Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?”
Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”
Khadijah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak munculnya sang pemimpin itu.
Lambang Kasih Seorang Isteri
Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20).
Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.
Semasa suammya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap suaminya itu.
Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,ketenangan ,kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik sebagai suri yang patuh dan taat.
Khadijah Ibu Sejati
Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44).
Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).
Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah,Keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-anaknya.
Sumbangan
Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara ditil,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah didatangi Jibril,biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami.Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khafdijah dapat menenangkan nabi Muhammad.
Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.
Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.
Kewafatan
Selepas dua puluh lima tahun brsama Rasulullah,pergilah seorang wanita yang menjadi isteri,ibu dan pejuang yang istimewa dan nabi tidak berenggang dengannya selama tiga hari.Akhimya,beliau melepaskan nafas terakhir di hadapan suaminya. mayatnya dimasukkan sendiri oleh suami ke persemadian terakhir. Suatu kehilangan yang amat cukup dirasai oleh Rasulullah. Islam ketika itu sudah berkembang ke luar dari Mekah.
Namun pemergiannya sesudah menyempurnakan tugas sebagai isteri,ibu dan pejuang kerana beliau sudah memikul segala amanah dan tanggung jawab. Dia muncul sebagai sebaik-baik wanita di dunia dengan gelaran "ibu semua kaum mukminin". Beliau meninggalkan zuriat Rasulullah melalui anaknya Fatimah yang kekal hingga ke hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan