Sabtu, 27 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Derma

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah dengan izinNya, majilis ini telah berjalan dengan lancar pada 26/8/201. Majlis yang telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa Masjid Sungai Chinchin dan ahli kariah ini telah berlangsung selepas solat sunat tarawih. Tidak seperti hari yang lain, solat sunat tarawih kali ini hanya dilakukan sebanyak 8 rakaat.Ini bagi memberi peluang kepada pihak masjid untuk mengadakan majlis ini.

Majlis ini dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Awaluddin bin Khallad dan Imam Sofian bin Hj. Abd Rani.Sebanyak 28 perserta tadarus yang menyertai majlis ini.Majlis ini telah disertai golongan dewasa,remaja dan juga kanak-kanak. Usaha sebegini harus dikekalkan di masa akan hadapan.

Selepas acara Majlis Khatam Al-Quran, sumbangan derma telah dilakukan kepada anak-anak yatim yang berusia bawah 15 tahun.Sebelum sumbangan derma ini dibuat, Biro Agama dan Kebajikan yang juga Nazir masjid telah memberi sedikit taklimat dan nasihat kepada ahli kariah yang hadir di masjid.Beliau menasihatkan ahli kariah supaya mendekatkan diri kepada Allah dan bersama-sama merebut ganjaran Allah.Turut mendapat sumbangan derma ini ialah peserta tadarus, imam, bilal,siak dan AJK yang mengimarahkan masjid sepanjang bulan ramadhan.Setelah sumbangan derma ini selesai dibuat, ahli kariah dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak masjid.

Harapan kami agar majlis begini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya Al-Quran tidak dilupakan oleh generasi akan datang.Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah s.w.t.Amiin.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Saya sedang mencari bekas uztaz saya semasa mengaji Uztaz Awaluddin Khallad yang telah mengajar saya mengaji hampir 30 tahun dulu. Harap tuan dapat memberi saya nombor telefon beliau kepada saya di nombor telefon 0142215169-Khairul Safuan.
    Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Saya sedang mencari bekas uztaz saya semasa mengaji Uztaz Awaluddin Khallad yang telah mengajar saya mengaji hampir 30 tahun dulu. Harap tuan dapat memberi saya nombor telefon beliau kepada saya di nombor telefon 0142215169-Khairul Safuan.
    Terima Kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...