Jumaat, 9 Disember 2011

Anugerah Blog JKK

Assalamualaikum,

Pada 4/12/2011, Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan mereka bentuk laman blog kampung telah diadakan di Selangor Agro Festival, Stadium Melawati, Shah Alam . Majlis ini bersempena meraikan golongan orang kurang upaya(OKU).Pertandingan Mereka Bentuk Laman Blog JKKK Negeri Selangor dilaksanakan adalah dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatankuasa Tetap Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor (STI).

Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan persekitaran dan penggunaan teknologi ICT di kalangan JKKK di Negeri Selangor. Selain itu, dengan mengadakan pertandingan ini dapat melihat keberkesanan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menerapkan budaya ICT di kalangan JKKK dengan pengagihan peralatan komputer dan latihan-latihan ICT yang telah diberi secara percuma sebelum ini.

Pertandingan ini juga secara tidak langsung akan menghasilkan satu laman blog khas untuk setiap kampung dengan pengisian-pengisian maklumat yang berinformasi, kemas dan menarik. Di samping itu, ianya meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara atas talian kepada orang ramai dan masyarakat luar khususnya tentang keistimewaan kampung-kampung yang terdapat di Negeri Selangor Darul Ehsan.Jangka masa pertandingan ini adalah dari 11 Julai – 30 September 2011.


Antara kriteria penilaian oleh jawatankuasa penilai ialah kandungan, reka bentuk dan gaya persembahan, ciri-ciri teknikal, dan ciri-ciri tambahan. Hadiah yang ditawarkan adalah:-

a. Tempat Pertama : RM 5,000.00 dan sijil penyertaan
b. Tempat Kedua : RM 3,000.00 dan sijil penyertaan
c. Tempat Ketiga : RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
d. Hadiah Sagu hati: 10 x RM200 dan sijil penyertaan bagi penyertaan yang menepati kriteria yang ditetapkan.

Pertandingan telah disertai oleh 16 buah JKKK.Dalam Majlis Penyampaian Hadiah ini, blog kami (sungai chinchin) telah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh JKKK Kampung Kapar dan JKKK Padang Petaling.Ini merupakan pengalaman yang berharga buat kami.Terima kasih kepada yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan blog ini.Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...